Institut Koreksional Malaysia, Melaka telah mengendalikan Kursus Pengurusan Unit Kenderaan Jabatan Penjara Malaysia yang dihadiri oleh seramai 31 Ketua-Ketua Unit Kenderaan Jabatan Penjara Malaysia pada 27 sehingga 30 September 2011. Tujuan utama kursus ialah memberi pendedahan tentang pengurusan unit kenderaan dan meningkatkan tahap kecekapan pemanduan dan pengiringan berkenderaan. 8 orang tenaga pengajar daripada kakitangan Jabatan yang diiktiraf oleh Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia ( MIROS ). Telah menyampaikan kandungan kursus yang merangkumi Tataamalan pengurusan kenderaaan, Kod Etika Pemanduan, Pemeriksaan Kenderaan, Pemanduan Berhemah, Teknik Pemanduan, Etika Diri dan Penampilan serta Pemanduan Secara �Offensive & Defensive�. Majlis penyampaian sijil dan penutupan kursus telah disempurnakan oleh Komandan IKoM, PP Mohd Rothman Bin Bujang.
""