Majlis Malam Mesra Aidilfitri 2011 Kompleks Penjara Kota Kinabalu
28 SEPTEMBER 2011 (Rabu) � Sambutan Majlis Malam Mesra Aidil Fitri 2011 bagi Kompleks Penjara Kota Kinabalu telah berlangsung di perkarangan Dewan Serbaguna Kompleks Penjara Kota Kinabalu. Majlis yang bermula pada jam 8.00 malam telah dirasmikan oleh PKK Suria Bin Hj.Idris, Pengarah Penjara Negeri Sabah turut dihadiri oleh Pengarah-Pengarah institusi Penjara Zon Sabah serta tetamu daripada jabatan kerajaan lain. Majlis juga turut meraikan 40 orang anak-anak dari Rumah Kanak-Kanak Beringis, Papar. ""