Program Pemantapan Jatidiri Kadet Putra Sekolah Henry Gurney, Melaka
Pada 26 hingga 30 September 2011 Sekolah Henry Gurney, Telok Mas, Melaka telah menganjurkan Program Pemantapan Jatidiri Kadet Putra penghuni bertempat di Blok Lekir lama SHG yang disertai seramai 28 orang. Objektif program ini adalah untuk memberi pendedahan kepada penghuni sebagai pengurusan diri dalam membentuk sahsiah diri. Disamping itu, penghuni didedahkan pelbagai kemahiran dan pengalaman bagi mendisplinkan diri mereka. Disepanjang tempoh program tersebut, penghuni di isi dengan pelbagai plot aktiviti antaranya ialah senaman pagi, motivasi, kawad kaki dan latihan dalam kumpulan. Program ini telah diselaraskan oleh Penyelaras Program En Ramli B Hassan dan dibantu oleh IP Zain Azzad B Abu Bakar. Majlis Perasmian dan Penutup program tersebut telah dirasmikan oleh PKP Md Din B Mamat pada 30 September 2011 di Dataran Perhimpunan Pagi SHG. ""