Institut Koreksional Malaysia, Melaka telah mengendalikan Kursus Pemanduan Berhemah (Kenderaan Salon) Jabatan Penjara Malaysia kepada seramai 40 pemandu Jabatan dari seluruh Institusi Penjara Malaysia pada 2 hingga 6 Oktober 2011.Kursus ini memberi pendedahan kepada pemandu dengan teknik pemanduan berhemah, akta/peraturan berkaitan, pemeriksaan kenderaan serta imej dan ketrampilan diri. Majlis penyampaian sijil dan penutupan kursus telah disempurnakan oleh Komandan IKoM, PP Mohd Rothman bin Bujang.
""