| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Majlis 'Executive Talk' Maktab Penjara Malaysia

Majlis 'Executive Talk' bersama Komisioner  Jeneral  Y. Bhg. Datuk Wira Haji Zulkifli Bin Haji Omar, Ketua Pengarah Penjara Malaysia dengan 73 orang peserta yang sedang mengikuti Kursus Diploma Siswazah Sains koreksional (DSSK), Kursus Sijil Menengah Pengurusan Penjara (SMPP) dan Kursus ?Diploma In Law And Correctional Science? telah diadakan Dewan Seminar Maktab Penjara Malaysia pada 5 Oktober 2011. Y. Bhg. Datuk Wira telah berbesar hati memberi ucaptama yang bertajuk ' Halatuju Jabatan Penjara  Kearah Kakitangan Berminda Kelas Pertama'.  Majlis ini  turut dihadiri oleh  Penolong Komisioner Meor Aziz Sapawi Bin Ahmad Sepuan, wakil dari Bahagian Pembangunan Professionalisme IPPM,  Penolong Komisioner Ku Nawawi Bin Ku Hamid, Komandan  Maktab Penjara Malaysia serta 40 orang kakitangan Maktab Penjara Malaysia. Program ini  diakhiri dengan majlis makan malam dan sesi beramah mesra antara Y.Bhg Datuk Wira bersama-sama dengan para peserta kursus. Program seumpama ini dapat memberi manfaat dan ilmu yang berharga kepada para peserta kursus dan juga kakitangan MPM dalam menyahut seruan Jabatan untuk menjadi kakitangan yang efisien, selari dengan tuntutan dan kehendak semasa Jabatan.

 

""