Kuala Terengganu, 08 Oktober 2011 - Kakitangan Parol Daerah Kuala Terengganu dan Hulu Terengganu berserta (07) Orang Di Parol (ODP) telah bersama-sama menjayakan program komuniti membersih Tanah Perkuburan Nesan 4, Kuala Terengganu bersama penduduk setempat serta Kakitangan Majlis Bandaraya Kuala Terengganu. Program Komuniti tersebut diadakan bagi memupuk Orang Di Parol supaya dapat menyesuaikan diri didalam masyarakat serta bagi menjayakan Program Pemulihan kepada Orang Di Parol semasa berada di bawah Penyeliaan Parol. Program tersebut juga didapati mendapat sambutan yang menggalakkan oleh pihak NGO dan masyarakat setempat yang turut sama membantu dalam usaha pemulihan Orang DI Parol.Program tersebut juga akan diadakan secara berterusan memandangkan program ini berjaya memberi maklumat kepada masyarakat berkenaan Sistem Parol yang dijalankan oleh Jabatan Penjara Malaysia.
""