PENJARA LIMBANG, 12 Oktober 2011 - Unit Pemulihan dan Rawatan, Penjara Limbang telah mengadakan Program Warga Sihat Warga Cergas sempena Kempen Berhenti Merokok dengan kerjasama Jabatan Kesihatan Hospital Limbang. Program dimulakan dengan Senamrobik yang telah diketuai oleh En Zainuddin Bin Ali dari Kementerian Pembangunan Sosial dan Urbanisasi Cawangan Limbang. Seramai 181 orang penghuni dan 20 orang kakitangan Penjara Limbang telah menyertai senamrobik itu. Di antara pengisian lain ialah Ceramah Kempen Berhenti Merokok dari Pegawai Kesihatan Hospital Limbang, lawatan ke tapak pameran dan pertandingan melukis yang diadakan dibilik Fasa 1, Blok PPI. Penolong Komisioner Penjara Charin Promwichit bersama Pegawai Kesihatan, Hospital Limbang telah menyempurnakan gimik perasmian kempen dengan mematahkan replika rokok diikuti dengan penyampaian cenderahati kepada wakil penceramah. Pada sebelah petangnya telah diadakan perlawanan bola tampar di antara pegawai PPI dengan para penghuni.
""