Pada 14 Oktober 2011 telah berlangsung satu Majlis Penutupan Kursus Senamseni 1 Malaysia di Maktab Penjara Malaysia. Seramai 24 orang peserta dari institusi-institusi penjara telah menyertai kursus ini selama 5 hari bermula pada 10 hingga 14 Oktober 2011 dengan jayanya.
Majlis penutupan telah dirasmikan oleh PKP Ku Nawawi Bin Ku Hamid Komandan Maktab Penjara Malaysia dan diserikan lagi dengan kehadiran Pn. Noor Seela bt Noor Sulaiman Penolong Pengarah Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara. Dipenghujung kursus ini para peserta telah diuji dengan ujian bertulis dan praktikal, bagi peserta yang berjaya akan ditauliahkan sebagai pengajar Senam Seni 1 Malaysia.
PENGENALAN SENAM SENI 1 MALAYSIA
Senam Seni 1 Malaysia adalah satu gerakan yang menggunakan gerakan tari tradisi dan gerakan seni bela diri rakyat Malaysia sebagai senaman asas dan muzik pelbagai kaum sebagai muzik latar. Senam seni 1 Malaysia diperkenalkan pada tahun 2005.
Ia bertujuan untuk membudayakan cara hidup sihat masyarakat Malaysia untuk kesihatan melalui aktiviti Senam Seni 1 Malaysia.
Objektif utamanya adalah menjadikan senam seni 1 Malaysia sebagai aktiviti menjalinkan kemesraan, persahabatan dan perpaduan di kalangan rakyat Malaysia , memperkenalkan gerak dalam tarian tradisional kaun-kaun utama di Malaysia sebagai elemen senaman , memasukkan elemen seni budaya dalam aktiviti kecergasan senamrobik iaitu tarian tradisi dan seni bela diri sebagai gerak asas senaman dan muzik Malaysia sebagai muzik latar.
""