11 Oktober 2011 (Selasa)-Taklimat e-Perolehan Secara Atas Talian bermula jam 9.00 pagi hingga 12.00 tengahari bertempat di Dewan Kelab Kompleks Penjara Seberang Perai. Seramai 40 orang wakil daripada syarikat dan pembekal menghadiri taklimat dan mendapat penerangan serta mempelajari kaedah ePerolehan atas talian. Taklimat ini dikendalikan oleh pegawai dari Commerce Dot Com Sdn Bhd, Encik Mohd Hafizad Bin Hashim.
Taklimat ini dijalankan bertepatan dengan kehendak Bahagian Kewangan Jabatan Penjara Malaysia yang akan memulakan proses perolehan produk atau perkhidmatan melalui ePerolehan secara atas talian.
""