18 Oktober 2011, Audit pensijilan semula 5S untuk Pusat Latihan Pegawai Penjara Malaysia, Taiping Perak telah dilakukan oleh Cik Norhasimah Binti Ibrahim dari Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC), Wilayah Utara Bertam, Pulau Pinang. Hasil auditan tersebut PULAPEN, Perak telah mengamalkan Persekitaran Berkualiti (5S) dengan berkesan. Terdapat inovasi dan amalan terbaik yang telah dilaksanakan. Oleh itu, Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) telah mengesyorkan Pusat Latihan Pegawai Penjara Malaysia, Taiping, Perak untuk diberi persijilan semula 5S.
""