Pada 15 Oktober 2011, Penjara Simpang Rengam, Johor telah menganjurkan aktiviti Gotong Royong.
Pengarah Penjara TKPj Ab. Basir b. Mohamad dalam ucapannya mengucapkan terima kasih kepada kakitangan dan keluarga yang hadir. Beliau juga berharap aktiviti gotong royong dapat dijalankan sepanjang masa kerana selain daripada menceriakan kawasan dapat membersihkan tempat pembiakan nyamuk aedes dan binatang seperti ular dan kala jengking.
Antara aktiviti gotong royong yang dijalankan ialah membersihkan kawasan untuk dijadikan trek bagi kakitangan menjalankan aktiviti berjalan kaki dan berbasikal.
""