21 Oktober 2011, Majlis Penutupan Kursus Asas Pemanduan dan Pengiringan Motorcade untuk VIP Berkenderaan bagi anggota Trup Tindakan Cepat (TTC ) telah diadakan di Padang Kawad, Pusat Latihan Pegawai Penjara (PULAPEN), Perak dan disempurnakan oleh KPj Tuan Wan Mohamad Nazarie b. Wan Mahmood, Pengarah Bahagian Keselamatan Dan Inteligen, Jabatan Penjara Malaysia. Turut hadir pada majlis tersebut ialah PKK Tan Tian Heng, Pengarah Penjara Taiping. Kursus ini bermula pada 09 hingga 21 Oktober 2011 dan disertai seramai 34 anggota Trup Tindakan Cepat (TTC).
Majlis dimulakan dengan persembahan formasi pemanduan dan pengiringan motorcade seperti susunan asas motorcade (basic motorcade formation), pengiringan dalam kenderaan tanpa henti (fender), serang hendap kenderaan (vehicle anti ambush), pemindahan orang kenamaan ( VIP Transition ) dan pemanduan ?offensive dan defensive? ( ?J? Turn ). Majlis penyampaian sijil kepada para peserta kursus dan sesi dialog anggota TTC turut diadakan bersama KPj Tuan Wan Mohamad Nazarie b. Wan Mahmmod, Pengarah Keselamatan Dan Inteligen, Jabatan Penjara Malaysia.
""