| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Malam Menjunjung Kasih Sempena Memuliakan Ulang Tahun Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Pahang

KUANTAN- 1 November. KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA SULTAN PAHANG telah berkenan mencemar duli menghadiri Malam Menjunjung Kasih Sempena Memuliakan Ulang Tahun  Hari Keputeraan KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA SULTAN PAHANG. Majlis ini diadakan di  The Zenith Hotel, Kuantan Pahang dengan kerjasama Kerajaan Negeri Pahang. YAB. Dato' Sri Diraja Haji Adnan bin Haji Yaakob, Menteri Besar Pahang menyatakan dalam  buku  kata-kata aluan, kerajaan negeri mengalu-alukan penganjuran majlis seumpama ini yang menerusinya, dapat menzahirkan junjungan kasih dan penghargaan tidak terhingga atas pemerintahan yang berkesan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku. Jabatan Penjara Malaysia di bawah kepimpinan Y.Bhg. Datuk Wira Haji Zulkifli bin Omar telah mengambil inisiatif merapatkan hubungan pihak jabatan dengan pihak istana dengan penganjuran majlis seumpama ini. Kepimpinan jabatan dan semua ketua institusi serta para jemputan dapat beramah mesra dengan Duli Yang Maha Mulia Tuanku selain mempersembahkan pemakluman peranan yang dijalankan oleh Jabatan Penjara Malaysia dalam memulihkan penghuni kepada KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA SULTAN PAHANG.

 

Majlis berlangsung dengan penuh gilang-gemilang diselangi dengan acara nyayian dan pertunjukan fesyen produk yang dihasilkan oleh penghuni penjara. Kemuncak kepada majlis ini adalah acara memotong kek Sempena Memuliakan Ulang Tahun  Hari Keputeraan KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA SULTAN PAHANG. Turut hadir dalam majlis tersebut kerabat-kerabat raja, Menteri Besar, kenamaan negeri, Menteri Dalam Negeri, pengurusan tertinggi jabatan, ketua-ketua institusi seluruh negara  serta ketua-ketua jabatan peringkat negeri dan persekutuan. Tahniah diucapkan kepada seluruh warga jabatan dalam menjayakan majlis ini.

 

""