Kompleks Penjara Kota Kinabalu ,Sabah 8 November 2011 ,Majlis Sambutan Hari Penjara Peringkat Kompleks Penjara Kota Kinabalu telah berlangsung bertempat di perkarangan Dewan Serbaguna Kompleks Penjara Kota Kinabalu.Majlis telah disempurnakan oleh Penolong Kanan Komisioner Penjara,Suria Bin Hj Idris Pengarah Penjara Negeri Sabah bersama Pengarah Penjara Pusat Kota Kinabalu , PKP Abdul Halim Bin Ma Hassan, Pengarah Penjara Wanita Kota Kinabalu, PKP Nora Binti Musa dan Pengarah Parol Negeri Sabah PP Maidin Hj Din@ Paiman.
Perutusan Hari Penjara oleh Y.Bhg Datuk Wira Hj.Zulkifli Bin Omar turut dibacakan oleh Pengarah Penjara Negeri Sabah. Beliau seterusnya telah menyempurnakan penyampaian pingat dan sijil penghargaan kepada penerima yang terdiri daripada pegawai dan kakitangan awam peringkat kompleks penjara Kota Kinabalu. Majlis jugaturut menyaksikan acara pemakaian pangkat kepada anggota yang telah dinaikkan pangkat ke jawatan Koperal Penjara yang dilakukan oleh ahli keluarga anggota yang turut dijemput hadir.
Di antara pengisian lain program sempena sambutan hari penjara ialah kempen derma darah dan pemeriksaan kesihatan dari Hospital Wanita dan Kanak-kanak Likas Kota Kinabalu. Pada sebelah petang pula diadakan acara sukaneka yang melibatkan Pegawai dan anggota Kompleks Penjara Kota Kinabalu.
""