15 November 2011, Buat julung kalinya Unit Latihan dengan kerjasama Unit Agama Bahagian Pemulihan dan Rawatan Penjara Tawau menjadi tuan rumah bagi penganjuran Bengkel Hak Asasi Manusia bertempat di Dewan Kak Midah Cafe. Bengkel ini telah dikendalikan oleh Pegawai SUHAKAM iaitu Encik Simon Karunagaram dengan penyertaan seramai 45 orang peserta iaitu 20 orang kakitangan Penjara Tawau dan 25 orang daripada pelbagai jabatan dan agensi kerajaan. Antara agensi dan jabatan kerajaan yang terlibat adalah PDRM, Pasukan Gerakan Am (PGA), Jab. Insolvensi, Rumah Warga Tua, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS), Jab. Perpaduan Negara, AADK, RTM, Kastam dan Jab. Perkhidmatan Kebajikan Am. Pengisian bengkel ini telah dibahagikan kepada tiga bahagian iaitu slot fungsi SUHAKAM, slot Hak Asasi Kanak-kanak dan LDK serta beberapa kajian kes.
Dalam ucapan majlis penutupan yang dirasmikan oleh PKP Sazali Bin Ismail, Pengarah Penjara Tawau, beliau berharap dengan adanya bengkel ini ianya dapat memberi manfaat kepada peserta bengkel berkaitan dengan hak asasi manusia dalam melaksanakan tugas yang dipertanggungjawabkan. Bengkel berakhir dengan jamuan minum petang pada jam 5.00 petang.
""