Kem Semenggok, RAMD 11, Kuching, seramai 53 pegawai dan kakitangan daripada Ibu Pejabat Penjara Negeri Sarawak, PULAPEN Wilayah Sarawak dan Pejabat Parol Negeri Sarawak telah mengikuti Latihan Menembak Tahunan bagi Tahun 2011. Latihan tersebut telah berlangsung selama 3 hari yang bermula pada 9 hingga 11 November 2011. Turut hadir dalam latihan tersebut PKP Abdul Razak bin Darus, Pengarah Penjara Puncak Borneo dan beberapa pegawai daripada Penjara Puncak Borneo Kuching. Sesi akhir latihan tersebut juga telah dihadiri oleh PKK Abd. Kadir bin Rais, Pengarah Penjara Negeri Sarawak yang mengikuti latihan tembak ?Center Fire? dan 'falling plate'.
""