Pada 11 hingga 13 November 2011 telah berlangsung Kejohanan Badminton Penjara Malaysia 2011 bertempat di Dewan APAC, Jalan Temenggong Ahmad, Muar yang dianjurkan oleh Majlis Sukan Penjara Malaysia dan dikelolakan oleh Pusat Pemulihan Akhlak Muar. Ianya juga telah di sertai oleh sebanyak (22) kontijen dan melibatkan seramai (324) kakitangan Jabatan Penjara Malaysia. Antara tujuan kejohanan ini dijalankan adalah bagi meningkatkan mutu sukan dan mencungkil bakat-bakat baru untuk mewakili jabatan ke peringkat yang lebih tinggi disamping mengeratkan lagi hubungan silaturrrahim antara kakitangan.
Majlis Perasmian Penutupan telah disempurnakan oleh KPj Abdul Wahab Bin Kassim, Pengarah Penjara Kajang pada 13 November 2011 dalam suasana yang meriah dan penuh semangat kesukanan. Keputusan bagi acara yang dipertandingkan adalah seperti berikut :
Johan Berpasukan - Sabah
Johan Perseorangan Terbuka Lelaki - Sabah
Johan Bergu Terbuka VIP - Selangor C
Johan Bergu Terbuka Lelaki - Selangor A
Johan Bergu Veteran Lelaki - Kelantan B
Johan Bergu Terbuka Wanita - Selangor C
""