Jumaat 18 November 2011, bersempena dengan Majlis Berkhatan Anak-anak kakitangan Penjara Simpang Rengam, Johor telah diadakan majlis bacaan doa selamat, sembahyang hajat dan penyerahan taklik. Majlis penyerahan taklik telah dikendalikan oleh kakitangan Yayasan Pembangunan Keluarga Negeri Johor. Pada 19 November 2011, seramai 27 anak-anak yang akan berkhatan telah diarak dari Surau Ar Raudah ke Rumah Kelab Penjara Simpang Rengam dengan iringan bacaan selawat nabi dan paluan kompang. Suasana majlis menjadi lebih meriah apabila Jabatan Bomba Renggam, Johor telah memandikan anak-anak tersebut dengan pancutan air daripada kenderaan bomba sebelum majlis berkhatan. Majlis berkhatan ini telah dikendalikan oleh Jabatan Kesihatan Daerah Kluang, Johor.
""