Program Mesej Dari Penjara Peringkat Zon Tengah, Jabatan Penjara Malaysia telah adakan pada 19 November 2011 bertempat di Dewan Tan Sri Murad Ahmad, Penjara Sungai Buloh. Program tersebut telah disempurnakan perasmiannya oleh YB Dato' Mohammed Khusrin bin Hj. Munawi, Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor mendapat sambutan luar biasa daripada masyarakat setempat, agensi dan jabatan kerajaan berhampiran serta pelajar-pelajar dari IPTA/IPTS dan pelatih PLKN di mana kehadiran seramai 1500 orang.
Turut hadir pada majlis tersebut ialah Y.Bhg Dato' Hj. Hassan bin Hj. Sakimon Timbalan Komisioner Jeneral, Pengarah-pengarah Bahagian Ibu Pejabat Penjara Malaysia dan Pengarah Institusi Zon Tengah. Program pada hari tersebut diisi dengan persembahan pentomin oleh Persatuan Kesenian dan Kebudayaan Warga Penjara Sungai Buloh, Ceramah "Memasyarakatkan Penjara", Forum Mesej Dari Penjara dan Pameran Infokraf serta pameran bas bergerak jabatan. Mesej melalui program ini menjurus ke arah memberi kesedaran kepada semua pihak bahawa tidak semua insan yang pernah bergelar banduan itu akan menjadi sampah masyarakat selama-lamanya, bahkan jika diberi peluang untuk berubah mereka boleh menjadi seorang insan yang berjaya. Kesediaan untuk sama-sama bersedia menerima bekas banduan kembali ke pangkuan masyarakat merupakan tugas yang patut digalas semua pihak.
""