Pada 29 November 2011 bersamaan 03 Muharam 1433 H, Unit Pemulihan Dan Rawatan Penjara Pokok Sena telah menganjurkan Majlis Sambutan Maal Hijrah peringkat Penghuni Penjara Pokok Sena 1433 H. Aturcara majlis dimulakan dengan bacaan doa oleh Yang Berbahagia Ustaz Hj Marzuki Bin Hj Lebai Din , bacaan ayat suci Al- Quran oleh penghuni, persembahan nasyid penghuni dan ceramah Maal Hijrah oleh Yang Berbahagia Tuan Sheikh Hj Ahmad Faisol Bin Hj Omar, Pegawai Agama Islam Daerah Kubang Pasu.
""