Majlis Penyerahan dan Penerimaan Tugas Pengarah Penjara Simpang Rengam, Johor di antara TKPj Ibrisam b. Abdul Rahman kepada TKPj Ab. Basir b. Mohamed dengan disaksikan oleh KPj Hj Abd Wahab b Hj Kassim, Pengarah Pengurusan Banduan, Ibu Pejabat Penjara Malaysia.
Majlis telah dimulakan dengan Pemeriksaan Kawalan Suku oleh TPKj Ibrisam b. Abdul Rahman diikuti Majlis Menandatangani Dokumen Serah Terima Tugas dan Penyerahan Tongkat Kuasa kepada TKPj Ab Basir b. Mohamed. TKPj Ibrisam b. Abdul Rahman telah merakamkan ucapan terima kasih kepada semua kakitangan yang telah memberi kerjasama dan komitmen yang tinggi semasa beliau bertugas di Penjara Simpang Rengam, Johor.
Majlis Penyerahan dan Penerimaan Tugas diakhiri dengan Pemeriksaan Kawalan Suku dan ucapan daripada TKPj Ab Basir b. Mohamed, selaku Pengarah Baru Penjara Simpang Rengam, Johor.
""