16 Mei 2011, Penjara Pra Bebas Dusun Dato' Murad, Ayer Keroh, Majlis serah menyerah tugas di antara Penolong Komisioner Penjara Rosman Bin Norman @ Normin yang bertukar ke Bahagian Pembangunan, IPPM kepada Penolong Komisioner Penjara Mohamad Bin Ismail sebagai Pengarah baru Penjara Pra Bebas Dusun Dato' Murad, Ayer Keroh, telah selesai diadakan di Rumah Kelab Dusun Dato' Murad. Majlis turut disaksikan oleh Penolong Kanan Komisioner Ariffin Bin Mohd Noor dari Bahagian Dasar Kepenjaraan, IPPM.
""