16 Mei 2011-Majlis Serah Terima Tugas Penjara Wanita Kajang telah berlangsung pada jam 9.00 pagi di Perkarangan Pejabat Pentabdiran Institusi. Majlis telah dimulakan dengan ketibaan PKP Rohana binti Abdullah, Pengarah Penjara Wanita Kajang , PKP Osman bin Ahmad dari Bahagian Keselamatan Dan Inteligen, Jabatan Penjara Malaysia dan PKK Zainah binti Hj. Pardi. Majlis diteruskan dengan ucapan dan amanat terakhir oleh PKK Zainah binti Hj. Pardi. Seterusnya upacara menandatangani dokumen serah terima tugas dan penyerahan tongkat kuasa di antara PKP Rohana binti Abdullah dan PKK Zainah binti Hj. Pardi. Selepas menandatangani dokumen serah terima tugas dan penyerahan tongkat kuasa, majlis diteruskan dengan ucapan oleh PKP Rohana binti Abdullah dan seterusnya beliau menerima tabik hormat dan memeriksa kawalan suku. Majlis diakhiri dengan sesi bergambar dan jamuan ringan.
""