| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Program Kempen Kesedaran Gaya Hidup Sihat Peringkat Penghuni Penjara Reman Pulau Pinang Bagi Tahun 2011

Penjara Reman Pulau Pinang, 24 MEI 2011 (Selasa)-Program 'Kempen Kesedaran Gaya Hidup Sihat Peringkat Penghuni Penjara' telah diadakan bertempat di Padang Rundingcara dan Dewan Besar Penjara Reman Pulau Pinang. Seramai 100 orang penghuni telah terlibat di dalam Program Kempen Kesedaran Gaya Hidup Sihat Peringkat Penghuni Penjara. Program tersebut telah dirasmikan oleh PKP Rosoman Bin Abu Bakar @ Che Din, Pengarah Penjara Reman Pulau Pinang. Aturcara program telah bermula pada 8.00 pagi dengan senamam aerobik yang di bimbing oleh WP 11458 Iskandar Bin Mohd Radzi dan di ikuti dengan ceramah Dr Uma Sanithaari a/p Manickam daripada Kementerian Kesihatan Negeri Pulau Pinang. Program Kempen Kesedaran Gaya Hidup Sihat Peringkat Penghuni Penjara turut diserikan lagi dengan kehadiran ahli-ahli daripada Persatuan Membantu Bekas-Bekas Banduan ( DPAS) Negeri Pulau Pinang.

""