21 Mei 2011, Bertempat di Perkarangan Pejabat Pentadbiran, Penjara Wanita Kajang telah diadakan Program Sambutan Hari Ibu Bapa anjuran bersama Penjara Wanita Kajang dan Maybank. Majlis dimulakan dengan acara Senam Seni yang melibatkan seramai 50 kakitangan Penjara Wanita Kajang, 50 kakitangan Maybank dan 49 banduanita. Acara diteruskan dengan ucapan Yg. Berusaha PKP Rohana bt Abdullah, Pengarah Penjara Wanita Kajang dan ucapan perasmian oleh Puan Nora bt Manaf, Ketua Kumpulan Modal Insan Maybank. Seramai 10 banduanita terlibat di dalam perjumpaan bersemuka bersama keluarga dan bakinya terlibat dengan Karnival Sukan bersama Maybank di mana sebanyak 7 acara sukan telah dijalankan.
Di dalam program tersebut, Maybank telah berbesar hati menyumbangkan sebuah mesin jahit , 3 buah Al-Quran Intelligent Readpen, kelengkapan solat dan barangan bayi dan kanak-kanak untuk kegunaan banduanita. Majlis tersebut diserikan lagi dengan acara nyanyian dan persembahan daripada kakitangan dan keluarga banduanita selain penyampaian cenderahati oleh banduanita kepada keluarga sebagai tanda kasih dan kenangan daripada mereka. Majlis diakhiri dengan sesi lawatan oleh kakitangan Maybank ke Blok C.
""