| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Sambutan Hari Wesak Di PPA Simpang Renggam

Simpang Renggam, 21 Mei 2011 ? Yayasan Taiwan Buddhist Tzu-Chi, Malaysia Cawangan Kluang dengan kerjasama Unit Pemulihan (PPI) telah mengadakan sambutan Hari Wesak kepada penghuni-penghuni yang beragama Buddha untuk mengetahui ertikata Hari Wesak dan ajaran Buddha.

 

Bagi membolehkan sambutan Hari Wesak diadakan, pihak Tzu-Chi telah membawa masuk ?patung Buddha? dalam bentuk cermin lutsinar dan bunga-bunga segar pada hari tersebut. Seramai 70 orang tahanan yang terdiri daripada 40 tahanan POPOC (KAMJ) dan 30 tahanan ADB (LLPK) telah mengikuti program ini dengan jayanya.

 

Antara aktiviti yang diadakan adalah ceramah kerohanian, sembahyang beramai-ramai, bacaan doa dan memberi penghormatan kepada ?patung Buddha?. Yayasan Taiwan Buddhist Tzu-Chi telah memberi sumbangan ikhlas sebanyak 80 biji buah epal kepada 70 orang tahanan.

 

""