Pada 26 Mei 2011 jam 10.30 pagi, Penjara Bentong telah menerima lawatan daripada delegasi International Quality And Productivity Centre yang terdiri daripada 20 orang delegasi. Rombongan tersebut di iringi oleh PKK Osman bin Ahmad dari Bahagian Keselamatan Dan Inteligen. Pengarah Penjara Bentong , TKPj Abdul Aziz bin Abdul Razak telah menyampaikan taklimat ringkas operasi Penjara Bentong seterusnya membawa semua delegasi melawat ke dalam kawasan penjara. Antara tempat lawatan tersebut ialah Bilik Kawalan ( MCR ), Blok Penempatan, Tempat Lawatan dan Program PPI. Lawatan tersebut berakhir pada jam 12.30 tengahari.
""