| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Lawatan Deligasi Ketua Pengarah (Komisioner) Jabatan Perkhidmatan Pemulihan (Penjara) Ke Pejabat Parol Negeri Melaka

Pada 27 Mei 2011 jam 3.00 petang, Pejabat Parol Negeri Melaka  telah menerima lawatan daripada delegasi Afrika Selatan Ketua Pengarah  (Komisioner)  Jabatan Perkhidmatan Pemulihan ( Penjara ) yang terdiri daripada 5 orang delegasi. Rombongan tersebut diiringi oleh TKPj Kausalya Devi a/p Sathoo dari Bahagian Parol Dan Perkhidmatan Komuniti, IPPM dan Pegawai Kanan dari Bahagian Dasar Kepenjaraan, IPPM. Rombongan tersebut disambut oleh   PP Zalina Binti  Mohd Yunus Pengarah Parol Negeri Melaka bersama Pegawai Kanan Pejabat Parol Negeri, Daerah dan Institiusi. TKPj Kausalya Devi a/p Sathoo telah menyampaikan taklimat berhubung Sistem Parol di Malaysia. Seterusnya sesi soal jawab  bersama delegasi mengenai Pelaksanaan Sistem Parol dan keberkesanan Sistem  Parol. Lawatan tersebut berakhir pada jam 5.30 petang.

 

""