| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Program Pemulihan – Jalinan Kasih 1 Malaysia Sempena Tahun Baru Cina 2011 Peringkat Penghuni Jabatan Penjara Malaysia

Penjara Bentong telah diberi kepercayaan oleh Ibu Pejabat Penjara Malaysia sebagai tuan rumah kepada  Program Pemulihan – Jalinan Kasih 1 Malaysia Sempena Tahun Baru Cina 2011 Peringkat Penghuni Jabatan Penjara Malaysia dan telah dirasmikan oleh Yang Berhormat Dato’ Seri Liow Tiong Lai, Menteri Kesihatan Malaysia. Majlis telah diadakan di Dewan At-Tarbiyah Kompleks Penjara Bentong yang bermula pada jam 12.45 tengahari dan berakhir pada jam 2.00 petang. Ketibaan Y.B Dato’ Seri Liow Tiong Lai disambut oleh KPj. Tuan Haji Abd. Wahab bin Haji Kassim, Pengarah Pengurusan Banduan, PKK Hj. Abdul Aziz bin Abdul Razak, Pengarah Penjara Bentong dengan diiringi oleh Tarian Singa.

Seramai 23 penghuni yang terdiri daripada ( 10 ) Melayu, ( 7 ) Cina dan ( 6 ) India telah terpilih untuk bersama dalam program ini dimana meraka diberi peluang untuk berjumpa secara bersemuka dengan ahli keluarga mereka sambil menikmati jamuan tengahari yang disediakan.

Terdahulu, Y.B Dato’ Seri Liow Tiong Lai dalam ucapannya memuji usaha Jabatan Penjara Malaysia mengadakan program seumpama ini kerana ianya dapat mengeratkan semula kasih sayang antara penghuni dengan keluarga mereka serta dapat menyedarkan para penghuni yang terlibat bahawa mereka masih ada yang sayang. Beliau berharap agar mereka tidak lagi melakukan kesilapan yang sama dan kembali semula kepangkuan masyarakat serta dapat membina kehidupan baru yang lebih sempurna.

Turut dihadir dalam majlis tersebut adalah KPj. Tuan Haji Abd. Wahab bin Haji  Kassim Pengarah Pengurusan Banduan, Tan Sri Robert Phang, EXCO Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia, Wakil-wakil Badan NGO, Ketua Masyarakat setempat serta pegawai-pegawai kanan Penjara Bentong.



""