Tawau, 9 Mac 2011 telah berlangsung Majlis SerahTerima Tugas Pengarah Penjara Tawau, Sabah di antara PKP Ajidin Bin Hj. Salleh kepada PKP Sazali Bin Ismail dengan disaksikan oleh PKK Mohd. Sobri Bin Yaacob, Pengarah Penjara Sabah. Majlis berlangsung di Dewan Wawasan, Penjara Tawau.
Majlis telah dimulakan dengan penerimaan tabik hormat daripada kawalan suku oleh PKP Sazali Bin Ismail diikuti oleh PKK Mohd. Sobri Bin Mohd. Yaacob. Seterusnya penerimaan tabik hormat daripada kawalan suku oleh PKP Ajidin Bin Hj. Salleh diikuti dengan upacara menandatangani Dokumen Serah Terima Tugas, Penyerahan Tongkat Kuasa dan diakhiri dengan bacaan doa Oleh Ustaz Mahadzir Bin Jamil. Turut hadir dalam majlis tersebut ialah Ketua-Ketua Institusi Penjara Sabah, Ketua-ketua Jabatan di bawah Kementerian Keselamatan Dalam Negeri.