Kluang : PULAPEN Johor dengan kerjasama Markas 7 Briged Kem Mahkota Kluang, telah melaksanakan progam Ujian Kemahiran Menembak (UKM) Tahunan kakitangan Penjara Kluang tahun 2011. Latihan ini telah dilaksanakan pada 09 hingga 13 Mac 2011 bertempat di Lapangsasar Kem Batu 3 Kluang, Johor. Ini merupakan aktiviti tahunan PULAPEN Johor yang selaras dengan kehendak Bhg Latihan & Inspektorat supaya latihan menembak kepada kakitangan dilaksanakan sebelum bulan Jun setiap tahun.
Sebanyak 4 jenis senjata telah digunakan didalam ujian kemahiran menembak ini iaitu senjata Rev. 38spl, HK USP Compact 9mm, HK MP A3 9mm, S&W MP9 dan Pump Action Short Gun. Para peserta telah didedahkan dengan taktik menembak secara Duelling dan Rapid yang diguna pakai pada masa kini didalam pertandingan menembak. Kesemua para peserta telah menunjukkan semangat kerjasama berpasukan yang tinggi dalam menjayakan aktiviti ini.
Syabas dan sekalung tahniah diucapkan kepada semua pihak yang terlibat secara langsung mau pun tidak langsung didalam memastikan aktiviti tahunan ini dapat dijalankan dengan jayanya.