21hb Mac 2011,Kompleks Penjara Seberang Perai, Mesyuarat bagi meneliti laporan status penyelenggaraan kerosakan dan kecacatan projek pembinaan Penjara Seberang Perai telah dipengerusikan oleh Pn. Kamariah binti Mohd Noah, Pengarah Pembangunan dan Perolehan Ibu Pejabat Penjara Malaysia. Turut hadir PKK Ab. Basir bin Mohamad, Pengarah Penjara Seberang Perai , PP. Amer@Amir bin Hj. Haron serta YM Tengku Mustapha bin Tengku Mohamad Pengarah Urusan TSR Bina Sdn Bhd.