23 Mac 2011 : PPA Muar Program Gaya Hidup Sihat Pusat Pemulihan Akhlak Muar, Johor telah diadakan di Dewan Gemilang Kuarters Kakitangan PPA Muar. Seramai 60 orang peserta menyertai program ini dengan pelbagai pengisian aktiviti seperti senaman ringan fisioterapi yang dikendalikan oleh Tuan Hj Hamid Bin Ali, dari Unit Fisioterapi Hospital Pakar Sultanah Fatimah Muar. Peserta turut menjalani pemeriksaan kesihatan yang dikendalikan oleh Unit Kejururawatan HPSF, Muar. Program Gaya Hidup Sihat Peringkat Institusi ini telah dirasmikan pelancarannya oleh PKP Wan Umar Bin W. Abdullah, Pengarah Pusat Pemulihan Akhlak Muar. Slot ceramah , Program Gaya Hidup Sihat telah disampaikan oleh Dr. Nik Mahani Bte Nik Mahmod dari Unit Dietetik dan Sajian Hospital Pakar Sultanah Fatimah Muar. Pertandingan ping pong antara pegawai-pegawai kanan dan pegawai rendah telah diadakan pada sebelah petang. . Keseluruhannya program ini telah berjaya mencapai matlamat yang dihasratkan iaitu meningkatkan tahap penjagaan kesihatan, pengetahuan tentang pemakanan seimbang serta mengeratkan hubungan silaturrahim di kalangan kakitangan.