| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Majlis Pelancaran Program Pemulihan Pemasyarakan Dan Perasmian Pusat Pemulihan Pemasyarakan Kem Mahkota Kluang Oleh Yab Perdana Menteri Malaysia

Sabtu, 26 Mac 2011 Jabatan Penjara Malaysia telah mencatat lembaran baru dalam pemulihan banduan di mana YAB Perdana Menteri Malaysia telah melancarkan Program Pemulihan Pemasyarakan dan merasmikan Pusat Pemulihan Pemasyarakan Kem Mahkota Kluang. Program Pemulihan Pemasyarakatan ini membawa maksud aktiviti pemulihan banduan dilaksanakan di luar tembok penjara bagi banduan yang layak dan memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan.

 

Majlis pelancaran dan perasmian telah disempurnakan oleh YAB Dato' Sri Mohd Najib bin Tun Abdul Razak Perdana Menteri Malaysia di Pusat Pemulihan Pemasyarakatan, Kem Mahkota Kluang, Johor pada jam 3.00 petang yang turut dihadiri oleh YB Menteri Pertahanan, YB Menteri Dalam Negeri, Ketua Setiausaha Negara, Panglima Angkatan Tentera, Komisioner Jeneral Penjara, Panglima Tentera Darat, Pegawai-Pegawai Jabatan Penjara Malaysia dan ATM serta tetamu-tetamu undangan termasuk daripada pihak media.




Program ini merupakan kerjasama Jabatan Penjara Malaysia dengan Angkatan Tentera Malaysia dalam usaha untuk mengembalikan banduan kepada masyarakat dengan matlamat untuk mengurangkan perlakuan semula jenayah. Program Pemulihan Pemasyarakatan ini akan turut dilaksanakan di empat buah kem tentera selain dari Kem Mahkota Kluang, Johor secara berperingkat iaitu di Kem Tok Jalai Alor Setar, Kedah, Kem Batu 10 Kuantan, Pahang, Kem Desa Pahlawan Kota Bharu, Kelantan dan Kem Syed Sirajuddin Gemas, Negeri Sembilan.

 

Setelah melakukan upacara perasmian dan menandatangni Plak Pusat Pemulihan Pemasyarakatan, YAB Perdana Menteri telah meluangkan masa melawat persekitaran Pusat Pemulihan Pemasyarakatan, bertemubual dengan penghuni dan juga berinteraksi dengan keluarga penghuni yang turut hadir di majlis tersebut. Majlis diakhiri dengan sidang media oleh YAB Perdana Menteri di Pusat Pemulihan Pemasyarakatan.



""