| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Program Gaya Hidup Sihat Peringkat Kompleks Penjara Bentong, Pahang

Penjara Bentong – ( AHAD ) 27 Mac 2011, Bertempat di Dewan Serbaguna Kompleks Penjara Bentong, Pahang telah berlangsung Program Gaya Hidup Sihat Peringkat Kompleks Penjara Bentong yang turut dihadiri oleh PP Tuan Teyun Thian Eim dan TPP Talhah Hasim. Program bermula pada jam 7.30 pagi dengan aktiviti senamrobik bertempat di tempat letak kereta Dewan Serbaguna Kompleks Penjara Bentong yang melibatkan kira-kira 50 orang peserta termasuk ahli-ahli PERSIAP.  .Program kemudian diteruskan dengan sesi pemeriksaan kesihatan serta 2 sesi ceramah kesihatan iaitu "Pemakanan Sihat" oleh Cik Wan Fazlily Wan Mahmod ( Pegawai Zat Makanan ) dari  Pejabat Kesihatan Daerah Bentong, Pahang dan "Pengurusan Stress Dan Cara Mengatasi" oleh Encik Prim Kumar a/l Retnam ( Pembantu Perubatan U29 ) dari Hospital Temerloh, Pahang.

 

Tujuan program adalah untuk memberi kesedaran betapa pentingnya melakukan pemeriksaan kesihatan secara konsisten kepada semua kakitangan yang bertugas bagi memastikan kesihatan semua pegawai berada di tahap yang memuaskan dan selain itu juga dapat memahami cara-cara mengambil pemakanan sihat dan cara-cara menangani stress agar kakitangan tidak rasa tertekan ketika menjalankan tugas seharian.



""