| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Majlis Penghargaan Kepada Agensi Dan Ngo Parol Daerah Sandakan Dan Parol Daerah Tawau

Parol Negeri Sabah telah menganjurkan Majlis Penghargaan kepada agensi-agensi dan NGO bagi Daerah Sandakan pada 22.03.2011 sebagai tanda penghargaan Jabatan Penjara kepada mereka yang banyak memberi  sumbangan dan kerjasama bagi membantu ODP dan perlaksanaan Sistem Parol di daerah ini.

 

Sebanyak 25 agensi dan NGO yang hadir diraikan dalam Majlis Penyampaian Sijil Penghargaan yang disampaikan oleh PKP Mohd Sabri b. Yaacob, Pengarah Penjara Sabah.  Acara-acara yang diadakan seperti cabutan tiket bertuah serta persembahan pentas oleh hadirin.

 

Yang Setia Pengarah  Penjara Sabah dalam ucapannya juga memohon kepada agensi-agensi dan NGO’s agar terus memberikan sokongan kepada program-program jabatan yang akan datang seperti Program Pemasyarakatan, Pusat Kehadiran Wajib dan Rumah Perantaraan.

 

Majlis yang sama juga telah diadakan di daerah Tawau pada 01.03.2011 atas matlamat yang sama dan sebanyak 35 agensi dan NGO yang hadir.



""