9 Jun 2011 Ahad, Penjara Taiping telah melaksanakan program jalinan kasih iaitu Sambutan Hari Bapa bagi tahun 2011 untuk banduan sabitan di Penjara Taiping. Seramai (15 ) orang banduan sabitan dan ( 72 ) orang pelawat terlibat dengan program tersebut. Program ini dianjurkan sebagai satu inisiatif bertujuan untuk memperlihatkan kepada banduan bahawa peranan seorang bapa adalah besar dalam menguruskan keluarganya dan memastikan keluarganya berada dalam keadaan sejahtera baik dari sudut fizikal, mental dan spiritual.Sokongan daripada keluarga yang hadir membuktikan kasih seorang bapa tetap berpanjangan walaupun di mana mereka berada.
""