Pada 22 Jun 2011 jam 9.00 pagi, Institusi Penjara Pengkalan Chepa, Kelantan menerima lawatan Y.S KPj. Jamaluddin bin Saad Pengarah Bahagian Pengurusan Banduan Ibu Pejabat Penjara Malaysia . Kedatangan Y.S KPj disambut oleh PKP Husin bin Hj. Johari, Pengarah Penjara Pengkalan Chepa, Kelantan , PP Mat bin Yaacob Pengasrah Parol Negeri kelantan bersama Timbalan Penguasa dan Pegawai Kanan Penjara Pengkalan Chepa, Kelantan.
Y.S KPj telah dibawa masuk melawat bengkel dan penempatan penghuni dan Galeri Pameran di Penjara Pengkalan Chepa, Kelantan.
Selesai sessi lawatan di Penjara, Y.S KPj Jamaluddin bin Saad telah meluangkan masa bersama dengan PKP Husin bin Hj. Johari, Pengarah Penjara Pengkalan Chepa, Kelantan , PP Mat bin Yaacob Pengarah Parol Negeri kelantan bersama Timbalan Penguasa dan beberapa orang Pegawai Kanan dan Pegawai Rendah Penjara Pengkalan Chepa, Kelantan menziarahi PKP Rosdi bin Ahmad bekas Pengarah Penjara Reman Pulau Pinang di rumahnya di Kg Bunut Sarang Burung Tumpat, Kelantan. Beliau telah disah mengidap penyakit kanser mulut dan keadaan didapati sudah semakin pulih. Sessi ziarah selesai jam 12.00 tgh .
""