Pada 25 Jun yang lalu, Penjara Limbang telah mengadakan Majlis Ngiling Bidai Gawai Dayak Penjara Limbang iaitu penutupan perayaan Gawai Dayak buat julung kalinya. Majlis diadakan pada sebelah malam bertempat di Dewan Gemilang Penjara Limbang. Tema majlis pada tahun ini adalah ''Begulai Sejalai 1Malaysia'' yang membawa maksud bersama-sama dan seiringan dalam suasana 1Malaysia di dalam masyarakat yang pelbagai kaum dan kepercayaan. Majlis ini disambut dalam suasana sederhana namun meriah dengan kehadiran Pengarah Penjara Pusat Miri dan Sibu. Antara acara menarik pada malam tersebut ialah Pertandingan Keling dan Kumang Gawai, Fancy Dress Kanak-kanak bawah 12 tahun dan Pertandingan Karaoke Lagu-lagu Etnik Sarawak. Dalam ucapan Pengarah Penjara Limbang, beliau menyeru agar kakitangan sentiasa memelihara keharmonian serta kesejahteraan dalam hidup bermasyarakat Dalam ucapan Pengarah Penjara Limbang, PKP Charin Promwichit, beliau menyeru agar kakitangan sentiasa memelihara keharmonian serta kesejahteraan dalam hidup bermasyarakat berbilang kaum seperti di institusi ini.
""