| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Konvensyen KIK Jabatan Penjara Malaysia 2011

Langkawi, 25 Jun 2011 Jabatan Penjara Malaysia telah menganjurkan Konvensyen KIK peringkat jabatan tahun 2011 bertempat di Akademi Koreksional Malaysia Langkawi. Konvensyen pada kali ini dibahagikan kepada dua kategori iaitu kategori pengurusan dan kategori teknikal. Sebanyak 10 pasukan  bertanding di peringkat akhir setelah meraih gelaran johan di peringkat zon masing-masing.



Majlis telah diserikan dengan kehadiran Y.Bhg. Dato' Dr. Mohd Azhar bin Hj. Yahaya Pengarah Bahagian Perkhidmatan, Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia. Beliau telah sudi menyampaikan hadiah-hadiah dan sijil penyertaan kepada para peserta. Dalam ucapan perasmiannya beliau menyeru kepada semua anggota Jabatan Penjara Malaysia supaya berusaha keras merebut Anugerah Inovasi Perdana Menteri (AIPM) pada masa-masa akan datang .  Hadir bersama  dalam majlis tersebut Y.Bhg. KJP Datuk Wira Haji Zulkifli bin Omar, Ketua Pengarah Penjara Malaysia, En. Marzuki bin Zainudin Setiausaha Bahagian Khidmat Pengurusan Kementerian Dalam Negeri, Yang Setia KPj. Wan Abdul Rahman bin Abdullah Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan), KPj Jamaludin bin Saad, Pengarah Pengurusan Banduan, PKK Mohd. Sabri bin Yaacob Pengarah Akademi Koreksional Malaysia Langkawi, ketua-ketua jabatan Daerah Langkawi, Pengarah-pengarah Bahagian IPPM serta pengarah-pengarah institusi Zon Utara.



Sebelum itu, dalam ucapan aluan Y.Bhg. Datuk Wira Ketua Pengarah Penjara Malaysia menyatakan, jabatan ini sentiasa berusaha seboleh mungkin menerapkan pengamalan proses, pendekatan dan budaya berteraskan ciri-ciri inovatif dan kreatif. Penerokaan Inovasi dan kreativiti amat penting dalam membantu jabatan bagi menjayakan program-program yang sedang berjalan seperti Sistem Parol, Program Pusat Kehadiran Wajib, Half Way House, Program Pemasyarakatan Banduan  serta hukuman alternatif yang lain.


 
Konvensyen pada kali ini telah dimenangi oleh Penjara Sungai Buloh  bagi kategori pengurusan manakala  Penjara Alor Setar bagi kategori teknikal. Johan membawa pulang piala pusingan, piala iringan serta wang tunai RM 2,500.00. Semoga tahun hadapan lebih banyak produk inovasi dihasilkan oleh kumpulan KIK jabatan bagi merealisasikan gagasan pucuk pimpinan 'organisasi dimartabatkan'.


 

SENARAI INSTITUSI YANG BERTANDING DIPERINGKAT AKHIR

BIL INSTITUSI NAMA KUMPULAN TAJUK PROJEK KATEGORI
1. Penjara Pokok Sena,Kedah HELANG MERAH Pertukaran Anggota Tanpa Pengganti Pengurusan
2. Penjara Pra Bebas, Dusun Dato' Murad, Melaka KUMPULAN WALID Perbelanjaan Makanan Ternakan Kambing Di Ladang Agro Dusun Dato' Murad Meningkat Teknikal
3. Penjara Sungai Buloh, Selangor EVOLUSI PERKASA Perkhidmatan Rawatan Kesihatan Banduan Tidak Mencapai Sasaran Pengurusan
4. Penjara Alor Setar, Kedah KUMPULAN PROSTAR ''Alat Pemeriksaan Di Pintu Utama Kurang Efisyen'' Teknikal
5. Penjara Puncak Borneo, Sarawak KAIZEN Masalah Penggunaan Kad Lawatan Penghuni Pengurusan
6. Penjara Sandakan, Sabah GEMILANG Pengesan Awalan Artikel Larangan di sudut sukar Teknikal
7. Penjara Simpang Rengam, Johor CITRA Kelewatan Memproses Permohonan Khidmat Peguambela Penghuni Untuk Reprentasi Pengurusan
8. Penjara Marang, Terengganu PRIMA BESTARI Sisa lebihan besi produk utama tidak digunapakai Teknikal
9. Penjara Bentong, Pahang SMART Pengurusan selimut dan tilam banduan kurang efisien Pengurusan
10. Maktab Penjara Malaysia, Kajang Selangor MOMENTUM Penggunaan Kertas Sasaran Menembak 'Centre Fire' Tidak Efisien Teknikal

 

KEPUTUSAN PENUH PERTANDINGAN

 

KEDUDUKAN PENGURUSAN TEKNIKAL
JOHAN EVOLUSI PERKASA
Penjara Sg. Buloh, Selangor
PROSTAR
Penjara Alor Setar, Kedah
NAIB JOHAN KAIZEN
Penjara Puncak, Borneo,Sarawak
WALID
Penjara Dusun Dato' Morad, Melaka
KETIGA SMART
Penjara Bentong, Pahang
GEMILANG
Penjara Sandakan, Sabah

 

""