Pada 19 Jun 2011, Unit Pemulihan dan Rawatan , Penjara Alor Setar, Kedah telah mengadakan Program Jalinan kasih sempena sambutan Hari Bapa dan Ibu tahun 2011 bertempat di Dewan Makan Penghuni.
Program ini bermula pada jam 8.30 pagi dan berakhir pada 2.00 petang. Ianya melibatkan 5 orang banduan yang terpilih dan berpeluang bertemu secara bersemuka dengan keluarga masing-masing.
Program ini bertujuan dapat mengeratkan jalinan kasih di antara penghuni dan keluarga yang terpisah. Dari aspek pemulihan, ianya dapat membentuk jati diri penghuni untuk insaf dan seterusnya kembali ke pangkuan keluarga.