| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Program Jalinan Kasih Sempena Sambutan Hari Bapa Dan Ibu Penjara Alor Setar, Kedah

Pada 19 Jun 2011, Unit Pemulihan dan Rawatan , Penjara Alor Setar, Kedah telah mengadakan Program Jalinan kasih sempena sambutan Hari Bapa dan Ibu tahun 2011 bertempat di Dewan Makan  Penghuni.



Program ini bermula pada jam 8.30 pagi dan berakhir pada 2.00 petang. Ianya melibatkan 5 orang banduan yang  terpilih dan berpeluang bertemu secara bersemuka dengan keluarga masing-masing.



Program ini bertujuan dapat mengeratkan jalinan kasih di antara penghuni dan keluarga  yang terpisah. Dari aspek pemulihan, ianya dapat membentuk jati diri penghuni untuk insaf dan seterusnya kembali ke pangkuan keluarga.


""