27 Jun 2011, 1030 pagi Pusat Pemulihan Akhlak Muar menerima lawatan TKPj Hj. Darussalam Bin Budin, Ketua Seksyen Pemulihan dan Rawatan, Ibu Pejabat Penjara Malaysia bersama tiga orang wakil dari Kementerian Pelajaran Malaysia. Ketibaan beliau telah di sambut oleh PKP Wan Umar Bin W. Abdullah, Pengarah PPA Muar bersama pegawai- pegawai kanan institusi. Lawatan ini antara lain bertujuan untuk pemurnian kertas cadangan pengukuhan perjawatan dan permohonan elaun bagi guru?guru kader di Sekolah Integriti Jabatan Penjara Malaysia di samping meninjau status pelaksanaan Sekolah Integriti. Beberapa modul untuk tahanan muda juga turut di bincangkan bersama.