Hari Sukaneka Tahanan telah dianjurkan oleh Unit Pemulihan Penjara Simpang Rengam, Johor pada 28 Jun 2011. Seramai 133 tahanan telah terlibat dalam aktiviti tahunan ini.
Objektif utama Hari Sukaneka ini ialah memenuhi program tahunan Unit Pemulihan Penjara Simpang Rengam, Johor. Selain itu objektif Hari Sukaneka ini juga menekankan semangat kerja berpasukan dan setiakawan di kalangan tahanan dan mendedahkan amalan bersukan ke arah gaya hidup yang sihat.
Sebanyak (10) sepuluh acara sukaneka telah dipertandingkan, di antaranya ialah sepaktakraw bulatan, pancing botol berisi air, makan buah epal, mengolek gelung rotan dan tarik tali. Pada akhir majlis PP Nor Haizan b. Md Isa telah menyampaikan hadiah kepada para pemenang.