Pekan, Pahang, Khamis, 23 Jun 2011 telah berlangsung majlis perasmian Penutupan Perkhemahan Tahunan Kadet Koreksional tahun 2011 di Kem Tanggo, Pekan, Pahang yang disempurnakan oleh Y. Bhg. KJP Datuk Wira Hj. Zulkifli bin Omar, Ketua Pengarah Penjara Malaysia pada jam 10.30 pagi. Turut hadir ialah Tuan Hj. Mohd Nazribin Hj. Abdul Wahab, Ketua Sektor Pembangunan Kemanusiaan Jabatan Pendidikan Negeri Pahang, pegawai-pegawai Jabatan Penjara Malaysia, pegawai-pegawai Kementerian Pendidikan serta tetamu-tetamu undangan.
Majlis telah dimulakan dengan ucapan aluan Tuan Hj. Mohd Nazri bin Abdul Wahab Ketua Sektor Pembangunan Kemanusiaan penyampaian hadiah kepada pemenang dan diakhiri dengan ucapan perasmian penutupan oleh Y. Bhg. KJP Datuk Wira Hj. Zulkifli bin Omar, Ketua Pengarah Penjara Malaysia.
Y. Bhg. Datuk Wira Hj. Zulkifli bin Omar turut meluangkan masa bergambar dengan setiap pasukan kadet koreksional, jawatankuasa kerja, Guru Penasihat Kadet Koreksional.