Tawau, Pada 7 Julai 2011 bertempat di Surau Al-Hidayah Penjara Tawau, Unit Agama Bahagian Pemulihan Dan Rawatan telah mengadakan program Penghayatan Israq Mikraj kepada penghuni. Di antara objektif program diadakan ialah bagi mengingati peristiwa perjalanan Israq Mikraq oleh Nabi Muhammad SAW, menanamkan sikap cinta dan kasih dikalangan penghuni terhadap pengorbanan dan perjuangan Nabi dan menimbulkan kesedaran kepada penghuni akan tanggungjawab yang perlu dimainkan bagi mengubah akhlak ke arah yang lebih baik.
Majlis dimulakan dengan solat dhua berjemaah yang dipimpin oleh Ustaz. Mahadzir b. Jamil dan diikuti dengan ceramah agama yang disampaikan oleh Ustaz Ahmad Rofiie b. Ahmad Rusdi, Guru Takmir JAKIM Daerah Tawau. Program ini dihadiri seramai 81 orang penghuni dan banduan muda.