Pada 10 hingga 14 Julai 2011, Penjara Bentong telah diberi kepercayaan oleh Majlis Sukan Penjara Malaysia untuk mengelolakan Program XPDC Mendaki Gunung Tahan Jabatan Penjara Malaysia bagi tahun 2011. Pendakian kali ini adalah dari Taman Negara Sungai Relau, Merapoh. Seramai 50 orang peserta mengambil bahagian dalam ekpedisi ini. Peserta dilepaskan dari Sg. Relau oleh PKP Faridon bin Md. Saad, Timbalan Pengarah Penjara Bentong pada 11 Julai 2011 jam 8.30 pagi. Pendakian bermula dari Kuala Juram dengan diiringi oleh 4 orang jurupandu arah dari Taman Negara. Pada 13 Julai 2011 jam 7.30 pagi, semua peserta telah berjaya menawan puncak Gunung Tahan setelah mengharungi cabaran dan rintangan pendakian. Penyampaian sijil kepada peserta-peserta telah diadakan pada 14 Julai 2011 setelah semua peserta berjaya turun kembali ke Taman Negara Sg. Relau, Merapoh.
""