21 julai 2011, Penjara Sungai Buloh telah dikunjungi oleh Deligasi Kedutaan dan Utusan Khas Kerajaan Indonesia yang menyertai lawatan kerja ke Institusi Penjara Malaysia.
Rombongan yang diketuai oleh Tan Sri Bambang Henderso Danuri, Jenderal Polisi Indonesia dan 12 deligasi dari Kedutaan Indonesia. Disambut oleh PKP Mohamad Rosidek Bin Musa, PP Hamdan Saleh Bin Majin dan beberapa Pegawai Kanan Penjara Sungai Buloh
Deligasi tiba di Penjara Sungai Buloh pada jam 3.00 petang dan terus dibawa ke Pejabat Pengurusan untuk sesi dialog Kedutaan bersama banduan. Seramai 15 orang banduan telah dipilih bagi perjumpaan dan dialog bersama Kedutaan Indonesia.
""