Pada hari sabtu 16hb Julai 2011, Parol Negeri Selangor telah dijemput bersama-sama mengikuti Program Gotong Royong Perdana yang dianjurkan oleh AJK Masjid Qaryah Kampung Rinching Hulu ,Semenyih ,Selangor. Program bermula pada jam 8.30 pagi dan berakhir pada jam 12.30 tengahari . Penglibatan Parol dan Perkhidmatan Komuniti Negeri Selangor yang diketuai oleh Pengarah bersama 14 kakitangan Parol Negeri dan Daerah berserta 18 ODP. Disamping itu penduduk kampung , peserta PLKN , pelajar Sekolah Menengah Teknik Kajang, Pejabat Kesihatan Daerah Hulu Langat dan Majlis Perbandaran Kajang turut serta dalam program tersebut. Majlis perasmian penutupan program ini telah disempurnakan oleh YB. Datuk Johan bin Abdul Aziz Ahli Dewan Undangan Negeri ( DUN Semenyih ) . Antara acara-acara yang telah dijalankan ialah aktiviti membersih kawasan tanah perkuburan , mengecat pagar masjid , membuka bumbung stor , membersih masjid , kemudahan asas dan sebagainya.
""