Forum Muqarrabin Sempena Menyambut Bulan Ramadhan Al-Mubarak Peringkat Banduan telah diadakan pada 19 Julai 2011 di Perkarangan kantin Penjara Penor. Panel yang terdiri daripada penceramah jemputan daripada Jabatan Agama Islam Negeri Pahang iaitu Ustaz Badlishah Alaudin, Penolong Pengarah Bahagian Dakwah dan Ustaz Khairul Imran , Penolong Pengarah Bahagian Pengurusan Masjid Negeri Pahang. Program yang merupakan acara tahunan ini dihadiri oleh seramai 150 orang penghuni diharapkan akan mencapai matlamat penghuni menjalani syariat serta tanggungjawab sebagai muslim yang sejati.
""